AYUH KEMBALI LANGSING!
salam semua pembaca yang kami sayangi. Dalam kemeriahan menyambut Syawal inui, pasti kamu sibuk menghadiri pelbagai program rumah terbuka anjuran teman mahupun keluarga. Saat inilah selera kamu naik memuncak, bagaikan semuanya ingin kamu makan. Maklum sahaja setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan, kamu seolah-olah membalas ‘dendam’ dengan makan berlebihan di Hari Raya ini.Walaup bagaimanapun, kesihatan diri jangan dipandang sebelah mata. Pastikan kamu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan diet yang sihat berserta senaman yang konsisten. Jika berat kamu kembali naik gara-gara selera besar kamu baik di bulan Ramadan ataupun Hari Raya ini, kamu jangan buntu. Ini kerana REMAJA menyediakan panduan untuk tubuh kembali langsing dan tip berdiet. Insya-Allah jika kamu cekal dan berusaha untuk berdiet dan mengharapkan tubuh kembali langsing seperti sebelum kamu berpuasa, inilah rujukan terbaik untuk kamu khas daripada REMAJA.
Selain itu, REMAJA sediakan ilham gaya dan fesyen cetakan binatang (animal printed) dalam keluaran kali ini. Jangan takut untuk mencuba fesyen-fesyen ‘berani’ ini kerana kamu pasti tampil anggun jika kamu bijak menyuai padankan dengan padanan yang betul. Bukan sahaja fesyen, REMAJA juga hidangkan kepada kamu idea-idea aksesori dan panduan untuk kamu menggayakan fesyen cetakan haiwan ini. Sekali sekala ingin tampil berlainan, tidak salah bukan? Manalah tahu, kelainan yang cuba kamu tampilkan itu akan memberi aura dan semangat baru dalam diri kamu sebagaimana pantas dan beraninya ‘si harimau bintang’.
Untuk isu pula, kami kupas tiga perkongsian remaja yang terjebak dengan urus niaga yang akhirnya memakan diri. Kamu kena ingat, dalam pada sibuk kamu berangan untuk hidup senang dan ghairah menjalankan pelbagai urus niaga secara dalam talian atau sibuk mengumpul duit, jangan sampai ia memakan diri. Jika tidak berhati-hati, kamu akan dikelilingi pelbagai hutang piutang. Oleh itu, jadikan panduan daripada pengalaman tiga kisah ini agar kamu lebih berwaspada selepas ini.
Bagi kamu yang belum menempah tiket jemputan ke Pentas Akhir Pencarian Hero REMAJA 2011/2012, ayuh rajin-rajinkan jari kamu untuk menghubungi kami. Jangan sampai kamu menyesal kerana tidak berpeluang untuk melihat siapakah bakal juara sekali gus merangkul gelaran duta Public Bank. Kalau nak tahu, ayuh datang beramai-ramai pada 22 September ini dan pastikan kamu buat tempahan tiket.
Okay jumpa lagi di keluaran akan datang. Salam sayang...
